Thursday, April 11, 2019

5 TIPS KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN

5 TIPS KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN.

Assalamu'alaikum.

Di Wechat, saya dikenali sebagai Blogger Cikgu ieta. Tapi dah tak boleh login. Lupa password. Jika ada mood, saya akan kongsikan produk bisnis yang saya niagakan melalui blogshop Dunia Niaga ieta Enterprise ini ataupun di instagram ke wechat. Sesekali saya kongsikan juga puisi dan artikel blog Lifestyle saya Blog Cikgu ieta.


Satu hari saya ditanya oleh seorang rakan wechat saya. Nak menjawabnya, saya lihat siapa penyoal. Bagaimana life nya dan saya kaji sedikit latar belakangnya sebelum saya menjawab. Bukan mudah tau menjawab soalan spontan :)

"Aslam cikgu" sapa Mike. 
"Wa'alaikumussalam. Ya, ada apa boleh Cikgu bantu?". Jawab saya. 
"Ckgu ade tips utk brjaya dlm prniagaan?". Tanya Mike lagi.
Jawab saya...
Tipsnya banyak. Antara Tips untuk berjaya :
1) Taat pada ibu bapa.
2) Solat 5 waktu jangan tinggal. Bila kita jaga hubungan kita dgn Allah, pasti Allah mudahkan semua urusan kita.
3) Jauhi maksiat dan jaga aurat. Perempuan bukan mahram, judi, zina dan arak elakkan.
4) Eratkan Silaturrahim yang dihalalkan.
5) Hidupkan untuk memberi (bersedekah).
"Cuba ya. Terima kasih sudi bertanya :) ". Kata saya.
"Ok cikgu. Nanti sya bleh brtanya kn ckgu" kata Mike. 
"Boleh. Silakan. Bila cikgu lapang, cikgu jawab ya. Terima kasih :)
"Terima kasih cikgu". Mike 
"Sama²". kata saya mengakhiri perbualan.


TIPS SUKSES DALAM PERNIAGAAN.

"Kalau nak berniaga jangan sekali-kali sibuk menyibuk posting hal politik." Pesan suami saya. Ha, nak berniaga, berniaga betul-betul. Sebab tu takdak posting berkaitan politik di mana-mana laman sosial saya. Selepas resign sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akibat Slipped Disc, Cikgu ieta terus fokus sebagai Blogger yang dah sebati dalam jiwa bermula tahun 2009.

Fokus bisnis, motivasi dan coaching. Multitasking. Dah terjebak, nak buat lagu manakan?

Sebab tu bila pi mana-mana kursus atau seminar ada ruang kena isi, pekerjaan apa Cikgu ieta jadi serba-salah.

"Aku nak tulis apa ni eh?." :D :D

Tapi tak kisahlah apa pun sebab semuanya menjana income. Tapi ada juga yang tak dapat income. Just berkongsi gitu-gitu sahaja. Berkongsi ilmu percuma. Bila dapat berkongsi ilmu tu rasa leganya jiwa tau.

Tentang Bisnis. Apa Cikgu tak buat. Semuaku buat janji boleh survive. Ye lah kan, sebab pernah orang kata "Eh! Kau berhenti kerja ni, kau nak bagi anak-anak kau makan apa???!!." Kata orang tu.

Cikgu pedulikkan. Nekad resign. Dah kalau sakit manjang di tengah pinggang ni tergeliat, terhimpit dan terkeluar Discnya. Camner nak bergerak? Sakitnya tu mengalahkan sakit nak bersalin wak. Mengerikan. Huhu

B'Heaven, M'Heaven Passive Income. CODI CAFE Income MLM. MedShoe sekali mahsyuk, boleh tahan jugak. Coaching Advance Blogging dan Bisnis Via Soc Med setahun 5 orang jadilah. Bulan 3, 2019 Cikgu iEta bersama EMEP. Cikgu diamanahkan untuk berkongsi tips Pemasaran Online dan uruskan Bengkel mengikut modul yang sedia ada dalam EMEP. Semuanya rezeki anak 5 orang bersekolah tahun ni.

EMEP ni bermaksud Empowering Malaysia Entrepreneur Programme.



Di dalam EMEP, Cikgu ieta juga handle Marketing dan sesekali diminta jadi EMCEE. Jalan. Best dah lama tinggal jadi EMCEE.  Kita hidup ni hanya menumpang. Jadi, Cikgu dan suami hanya menumpang rezeki yang ada. Alhamdulillah. Sementara bernyawa.

Bagi Allah, Tiada Yang Mustahil. Bisnis Online ke Offline ke, boleh jana income jika kita berilmu. Jangan takut buat keputusan sebab yang beri rezeki tu Allah. Bukan manusia atau apa jua tools. Close sales, memang milik Allah yang mutlak bila Allah jentik hati manusia beli dari kita. :)


KENAPA TAK BUAT PRODUK SENDIRI?


Satu hari tu,

"Kenapa tak buat produk sendiri?." Tanya seorang owner produk dengan sombongnya kepada Cikgu ieta.

Cikgu hanya mampu terkedu. Cuma dalam hati, berbisik sendirian "Aku tak tahu nak buat produk apa. Sebab aku tak minat buat produk." :D

Nak-nak pulak Cikgu ieta ni Consultant produk Kesihatan B'Heaven milik seorang CEO hebat.

Milik Cikgu ieta hanyalah Coaching Advance Blogging. Tu je lah yang Cikgu ieta ada. Tak ramai orang pandang pun Advance Blogging ni. Tapi Alhamdulillah Cikgu ieta berjaya buktikan pada ramai, Cikgu memang boleh buat duit dengan Blog. Sebab tu Cikgu ieta berani buat Coaching berkaitan Blog dan Bisnis silibus Cikgu ieta sendiri.


Cikgu ieta puas hati. Dari Blog Cikgu ieta kenal dunia alam maya dan ramai Sifu hebat-hebat. 19/1/2019, Usahawan ke 808 berdaftar 3 Coaching sekaligus.

1) Advance Blogging.
2) Instagram Advance
3) Marketing Technique Advance

Ini sahajalah dulu ye 5 TIPS KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN yang nak Cikgu ieta kongsikan dengan semua pembaca Blog Cikgu ieta ni. Oh ya, hingga ke hari ini baru 853 orang yang bercoaching dengan Cikgu. Ni yang terkira. Ada lagi yang tak terkira tu, kira halallah ilmunya tu. Taklah ramai mana tapi online yang ramai mendapat ilmu percuma dari Cikgu ieta. Puas hati tau dapat berkongsi ilmu ni. Ada ke lagi yang berminat belajar ilmu-ilmu ni?

Jika ada yang berminat, boleh whatsapp terus link ini SAYA NAK COACHING  ye :)

Bersambung lagi di lain bicara Minda Niaga Dunia Niaga ieta Enterprise na. :)



Cikgu ieta Blogger, Social Media Influencer, Coaching Online Smart Trading

DUNIA NIAGA ieta merupakan blogshop bumiputra. Pelbagai produk perniagaan dan makanan diedarkan secara online dan langsung.

0 comments:

Komen anda amat saya hargai....
Untuk sebarang tempahan, sila whatsapp 0192586141 dan nyatakan Nama, lokasi, kuantiti serta produk yang ingin dibeli. Terima kasih... ^__^

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 Dunia Niaga Ieta Enterprise. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP